
For Immediate Release
Date: 12 December 2024
Subject: (Scam Alert) Unauthorised Use of REDVEST’s Name and Logo in Scams and Non-Existent Investment Schemes
Dear Valued Customers,
Redvest Wealth & Management Sdn Bhd (“REDVEST”) has been made aware of multiple occasions of unauthorised and fraudulent use of our company name and logo. Such manipulated images and untrue messages are being circulated on the internet particularly on social media platforms and social messaging channels with the intent of manipulating the public to participate in scams and non-existent investment schemes. These scams often promise high returns in a short time and may ask for deposits into certain bank accounts.
Please be reminded that these offers are not from REDVEST. They are designed to mislead and take advantage of the public. We are deeply concerned about this and are working with the authorities to address the issues.
REDVEST wishes to urge the public to be on high alert and heighten scrutiny, and rely only on REDVEST‘ official communication channels for information.
How to Stay Safe:
Contact Us: If in doubt, please reach out to our customer service at Phone: +603 5569 8519, Email: info@redvest.com.my or Whatsapp: +60189668108
Visit Our Website: Get accurate information directly from our official website at https://redvest.com.my/
Your safety and trust mean the world to us. Thank you for your vigilance and understanding.
Redvest Wealth & Asset Management Sdn Bhd
12 December 2024
Kepada orang awam, Pelanggan yang dihargai, dan Rakan Perniagaan,
Kami telah sedar tentang pihak yang tidak berlesen yang menggunakan nama syarikat kami, Redvest Wealth & Asset Management (Redvest), dengan cubaan mempromosikan diri mereka sebagai entiti berlesen yang menawarkan skim dengan pulangan yang tinggi dan risiko yang rendah.
Kami ingin menegaskan bahawa pihak ini tidak berlesen dan tidak mempunyai kaitan dengan Redvest. Kami mengesahkan bahawa kami tidak terlibat dalam sebarang skim yang mencurigakan atau berkemungkinan jenayah, dan kami tidak menyokong atau berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sedemikian. Dengan ini, kami menafikan sebarang liabiliti yang berkaitan dengan tawaran palsu ini.
Berdasarkan peningkatan penipuan dalam talian, kami menyeru para pelabur dan orang ramai untuk terus berwaspada dan berhati-hati apabila mempertimbangkan produk atau skim kewangan yang didakwa ditawarkan oleh Redvest, terutamanya melalui platform media sosial. Pengesanan dan penanggulangan terhadap aktiviti penipuan ini dengan segera agak mencabar disebabkan oleh sifat dan jumlahnya yang besar.
Untuk melindungi diri daripada penipuan yang mungkin berlaku, kami mencadangkan langkah-langkah berjaga-jaga berikut:
- Jika anda menjumpai produk kewangan, skim, atau kempen pemasaran yang mencurigakan dengan menggunakan nama syarikat kami, sila laporkan dengan segera kepada pasukan perkhidmatan pelanggan kami di +603 55698519 atau melalui emel di info@redvest.com.my.
- Anda juga boleh menghubungi kami secara terus melalui laman Facebook rasmi kami di fb.com/redvestmy. Jika anda menerima emel, mesej teks, atau panggilan yang mencurigakan dan mendakwa berasal dari Redvest, elakkan daripada memberi respons, mengklik pautan, atau membuka lampiran emel sehingga anda mengesahkan kesahihan pengirim/pemanggil.
- Sekiranya anda percaya bahawa terdapat skim atau produk kewangan yang ditawarkan oleh pihak lain adalah palsu, anda boleh menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk pertanyaan atau membuat aduan. Maklumat hubungan pihak berkuasa adalah seperti berikut:
(a) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – aduan@seccom.com.my atau 03-6204 8999/8777
(b) Bank Negara Malaysia – https://telelink.bnm.gov.my/ atau 1-300-88-5465
Kami mengambil tanggungjawab membasmi amalan haram dengan serius dan akan terus melaporkan aktiviti sedemikian kepada agensi penguatkuasa undang-undang. Walau bagaimanapun, kami memohon kerjasama anda untuk terus berwaspada dan membantu kami dalam usaha melawan aktiviti penipuan.
Terima kasih atas perhatian yang berterusan terhadap perkara ini.
